TATABAHASA

KATA ARAH
 
Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.
Contoh :
Atas Bawah Tepi Antara
Hadapan Utara Sisi Luar
Semua hidang itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.
 
KATA PERINTAH
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
 
Jenis perintah
Kata perintah
Contoh penggunaan
Larangan
Jangan, usah
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.
 
Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.
Silaan
Sila, jemput
Sila menjamu selera.
 
Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin
Permintaan
Tolong, minta
Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.
 
Minta bersihkan meja awak.
 
 AYAT PENYATA 
 
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
            Contohnya:
                        i.  Kakak sedang menyiram bunga.
                        ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
 
KATA SERUAN
 
1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
    seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.
2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh menyatakan perasaan sakit atau hairan 1. Aduh, sakitnya kakiku!
2. Aduh, indah sungguh kawasan ini!
cih / cis menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah 1. Cih, bedebah betul budak ini!
2. Cis, nyah engkau dari sini!
eh menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, bila kamu sampai!
2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun.
hai untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang 1. Hai, jangan duduk di situ!
2. Hai, lama saya tidak melihat kamu!
nah untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu 1. Nah, itu orangnya!
2. Nah, terimalah habuanku!
oh menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya 1. Oh ibu, ampunilah dosaku!
2. Oh, kamu rupanya!
wah menyatakan perasaan kagum Wah, bijak sungguh budak itu!
amboi menyatakan rasa hairan atau kagum 1. Amboi, murah betul barang-barang ini!
2. Amboi, manja budak ini!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tidak akan pergi!
2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu!
wahai untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian 1. Wahai anakku, bertaubatlah!
2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang!
KATA HUBUNG
 
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a)    kata hubung gabungan,
(b)    kata hubung pancangan,
(c)    kata hubung berpasangan.
3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
 
Contoh
Ayat Contoh
agar
Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila
Mukanya pucat apabila disoal.
atau
Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa
Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan
Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga
Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika
Saya berpayung jika hujan.
Jikalau
Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali
Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana 
Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu      
Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala
Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil  
Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta
Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak
Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara
Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun
Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya
Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun
Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi
Badannya besar tetapi penakut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan