Terdapat
banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir. Tetapi di sini aku
mengutarakan 5 faktor yang biasanya menjadi penyebab kepada banjir.
Antara faktor-faktor tersebut adalah:-
- Hujan lebat yang berterusan
Hujan
lebat yang berterusan tanpa henti akan menyebabkan banjir berlaku
terutama di kawasan rendah. Ini kerana air yang banyak tidak sempat
dialirkan keluar ke sungai.
- Pembangunan yang tidak terancang
Pembangunan
yang tidak terancang boleh menjadi factor kepada banjir kilat. Ini
kerana apabila system perparitan tidak dirancang dengan sempurna semasa
sesuatu kawasan hendak dibangunkan akan menyebabkan tidak ada system
aliran air atau system aliran air yang sedia ada menjadi terhalang dan
tidak dialirkan secara wajarnya.
- Limpahan sungai
Hal
ini berlaku apabila sungai yang cetek atau sempit tidak mampu menampung
jumlah air yang banyak. Akibatnya ia melimpah keluar dan menyebabkan
banjir di kawasan sekitarnya.
Biasanya sungai membawa air dari kawasan tinggi dan mengalirkannya ke
laut. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di kawasan tinggi,
dengan keadaan sungai yang cetek atau sempit boleh menyebabkan
berlakunya banjir di kawasan yang rendah. Lihat banjir di Kota Bharu.
- Longkang, parit dan sungai yang tersumbat
Ini
juga merupakan factor kepada banjir kilat. Apabila hujan lebat yang
berterusan maka air pada peringkat awalnya perlu dialirkan ke longkang.
Kemudian daripada longkang perlu dialirkan ke parit seterusnya ke
sungai. Apabila longkang, parit atau sungai tersumbat maka ianya akan
mengganggu aliran tersebut dan akan mengakibatkan air bertangkung dan
menyebabkan banjir.
- Air dari empangan yang dilepaskan secara mendadak
Bagi
negeri-negeri yang mempunyai empangan selalunya akan menghadapi banjir
teruk sekiranya air dari empangan dilepaskan secara mendadak. Ini
disebabkan oleh tidak adanya perancangan awal dari pihak berkuasa. Air
dari empangan sememangnya perlu dilepaskan apabila melebihi paras yang
ditetapkan. Ini bagi mengelak empangan tersebut pecah. Sekiranya
empangan tersebut pecah maka ini akan mengundang bahaya yang besar
kepada penduduk. Air dari empangan tidak seharusnya dilepaskan secara
mendadak sekiranya perancangan awal dan pemantauan sentiasa dilakukan di
empangan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan