KARANGAN

KARANGAN JENIS BERITA
 
1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan Bagaimana?
3. Apa ?
menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
menerangkan masa peristiwa itu berlaku
tarikh yang tepat
untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu’
1. Mengapa ?
sebab-sebab peristiwa berlaku
jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan “belum diketahui” atau “pihak polis belum mendapat bukti”
2. Di mana ?
tempat kejadian peristiwa
jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri
Bagaimana ?
menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan ‘tempat’ (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku.
Contoh : JERTEH, 24 Disember -
Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)
4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.
5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.
6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih ‘panjang-lebar’.
7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas
CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
Rangka.
1. PENDAHULUAN:
Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya.
2. ISI
a)       berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalu-beberapa orang ditahan.
b)              membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima  orang ditahan -salah seorang ialah
          pakar mekanik.
c)       polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut.
3.PENUTUP
          seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.
CONTOH KARANGAN.
KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
          Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
          Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
          Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
          Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.


KARANGAN JENIS RENCANA

·         ditulis dalam bentuk format biasa
·         karangan ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
·         jadi perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
·         fahamkan kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk “Tuliskan apa yang kamu tahu tentang burung”. Karangan ini mungkin disalah tafsirkan sebagai burung yang murid sukai atau burung peliharaan murid.
·         pastikan anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
·         senaraikan fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
·         setelah mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
·         pastikan anda dapat menyediakan 4 isi
·         kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi
·         setiap isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
·         masukkan perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
·         setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
·         gunakan bahasa yang tepat, usah leret-leret.
Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ‘Penggunaan Komputer’.
Rangka Karangan :
Pendahuluan            - alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas
Perenggan ke-2        - digunakan di pejabat-pejabat
                             - menyimpan data-data                         
                             - menjalankan tugas dengan cepat
Perenggan ke-3        - penggunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
                             - membantu mengesan penyakit
Perenggan ke-4                  - penggunaan komputer dalam pelajaran
                             - mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
                            
Penutup                  - keuntungan menggunakan komputer
                             - jimat masa dan wang
                             - bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar
          Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sains. Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai bidang.
          Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta. Ia berfungsi sebagai alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat dapat menjalankan tugas dengan cepat dan tepat.
          Pusat-pusat perubatan juga menggunakan komputer bagi mengesan sesuatu penyakit. Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekerja. Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
          Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanyakan sekolah menggunakan komputer untuk mengajar mata pelajaran Matematik , Sains , Fizik dan sebagainya.
          Pendek kata penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan oleh akal manusia.
Tajuk : Banjir
          Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita terutamanya negeri-negeri Pantai Timur. Banjir berlaku setelah hujan lebat tidak berhenti-henti selama beberapa hari.
          Biasanya banjir melanda kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai. Apabila banjir melanda, banyak harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani akan mengalami kerugian besar.
          Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
          Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati-hati. Adalah lebih baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : “ Kepentingan Kenderaan ”
          Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini digerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia.
          Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangkutan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motosikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.
          Kenderaan membolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
          Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat-syarikat perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindustrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wujudlah pembangunan.
          Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
          Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari secara peta minda.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan