LANGKAH KESELAMATAN DI JALAN RAYA

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIJALAN RAYA


melintas

Melintas mengikut garisan kuning yang telah disediakan


1. Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah
2. Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada
3. Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan)
4. Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki
5. Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu lalang disitu
6. Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari
7. Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong
8. Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan akan terlindung.



TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS

1. Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.
2. Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.
3. Hendaklah berbaris untuk menaiki bas
4. Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas
5. Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.
6. Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.

KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

1. Tnetukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu



PANDUAN KETIKA MENYELEKOH DISIMPANG

1. Biasakan menghampiri dengan cermat dipersimpangan dan bersiap sedia untuk berhenti. Sebelum melintas atau menyelekoh lihat kekanan dan kekiri, kemudian kekanan sekali lagi. Jangan terus berjalan sehingga kamu pasti selamat berbuat demikian dan kamu tidak menyekat jalan.
2. Mesti berhenti dipersimpangan yang ada tanda "Berhenti". Tunggu dahulu sehingga jalan itu lapang dari lalu lintas sebelum meneruskan perjalanan.
3. Disimpang-simpang yang dikawal oleh Polis Lalulintas, jangan terus berjalan sehingga polis yang bertugas disitu mengisyaratkan kamu berbuat demikian.
4. Disimpang-simpang yang dikawal oleh lampu isyarat, selalu tunggu lampu hijau sebelum maju kehadapan. Dalam berbuat demikian tentukan yang jalan itu lapang untuk kamu melintas simpang itu dan setelah kamu memastikan selamat berbuat demikian.
5. Apabila sampai dibulatan-bulatan, beri jalan kepada lalu lintas yang datang dari sebelah kanan kamu, kecuali tanda-tanda atas jalan menunjukkan sebaliknya tetapi terus jalan itu lapang.
6. Bila hendak memusing ke kiri, ikut rapat-rapat ketepi sebelah kiri jalan dimana kamu hendaklah memusing dan terus kejalan yang hendak dimasuki itu (elakan dari memakan jalan kekanan sebelum kamu memusing).
7. Bila hendak memusing kekanan ikut bahagian tengah jalan yang kamu sedang berada itu atau ambil tempat, dibahagian yang telah ditandakan untuk lalulintas yang hendak memusing kekanan. Tunggu sehingga jalan lapang diantara kamu dan apa-apa kenderaan yang datang dari depan, kemudian baru memusing.
8. Disimpang-simpang dimana ada tanda-tanda lalulintas bergaris semua lalulintas mesti ikut garisan atau "lane" yang betul.



PANDUAN KETIKA ANDA HENDAK MEMOTONG KENDERAAN

1. Jangan sekali-kali anda memotong diselekoh siku keluang (blind corners), atau dipuncak bukit.
2. Memotong hendaklah disebelah kanan kenderaan yang dihadapan.
3. Jangan memotong dimana ada terdapat dua garisan putih ditengah-tengah jalanraya untuk memisahkan perjalanan kenderaan.
4. Berilah isyarat hendak memotong kesebelah kanan dan bunyikan"horn" untuk memberitahu kereta dihadapan. Hindarkan dari memotong balik dengan segera.



PANDUAN KEPADA PEMANDU UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-

1. Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat
2. Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.
3. Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya
4. Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.
5. Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan bersopan-santun.
6. Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".
7. Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.
8. Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa memandu.
9. Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.
10. Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.
11. Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.
12. Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan halangan.
13. Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.
14. Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa selamat"

UTAMAKAN KESELAMATAN

MARI KITA MELIHAT KLIP VIDEO DI BAWAH TENTANG KESELAMATAN




TRAGEDI HIGHLAND TOWERS

 

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

BERIKUT MERUPAKAN GAMBAR-GAMBAR SEMASA TRAGEDI HIGHLAND TOWERS






http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRwk0EFYCrLCWcgqsnTKrdgSG_RcsLjloRXxoa3p-YUF45zE6Xex7skq9Q-

LANGKAH KESELMATAN SEMASA BANJIR

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR




Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas.
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang.
  • Terkena renjatan elektrik.
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu.
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir.
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa.
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah.
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak.
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti   sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
- Guna tandas yang sempurna
.
- Buang sampah di tempat yang betul
.
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.
Persediaan Sebelum Banjir
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda. 
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran. 
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya. 
  • Pastikan di mana kedudukan Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda. 
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya. 
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah. 
  • Pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik walaupun di dalam musim hujan.
Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan
  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu. 
  • Pindahkan perabot atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat. 
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. 
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas. 
  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir – Semasa Pemindahan
  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan. 
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. 
  • Ikut laluan yang ditentukan, yang berkemungkinan laluan singkat mungkin terhalang.
Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat. 
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah  ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir – Di Dalam Rumah
  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu. 
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan. 
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir – Di Luar Rumah
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. 
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. 
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. 
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. 
  • Jangan minum air banjir.
Selepas Banjir

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. 
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  •  Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mungkin tidak selamat. 
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, anda perlu berhati-hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi.
Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan

  • Sentiasa pakai kasut. 
  • Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap. 
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda. 
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya

  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor. 
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air. 
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam. 
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya). 
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. 
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa. 
  • Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

SUMBER : DISINI